Perlawanan ganas "Lights Out" di antara Jon Moxley dengan Kenny Omega pada acara kemuncak pay-per-view AEW - Full Gear baru2 ini mencetuskan perdebatan kontroversi kerana banyak aksi2 ganas keterlaluan.
Perlawanan berdurasi kira-kira 40 minit itu menghidangkan aksi2 ganas dan berbahaya menggunakan objek asing sebagai senjata antaranya kayu besbol dan penyapu yang dililit dengan kawat duri, puluhan perangkap tikus yang dilekatkan di atas papan, rantai besi, katil diperbuat daripada kawat duri, tong sampah, meja dan serpihan kaca.
Antara aksi-aksi ganas yang dipertontonkan dalam perlawanan ini ialah penggunaan kayu besbol dan penyapu yang dililit dengan kawat duri sebagai senjata, ada satu ketika Jon Moxley menggosok kayu besbol berkawat duri berkenaan ke atas tangan Omega, merangkak di atas serpihan kaca, suplex di atas puluhan perangkap tikus yang dilekatkan di atas papan dan suplex di atas katil diperbuat daripada kawat duri.
Perlawanan itu berkesudahan dengan Jon Moxley menewaskan Kenny Omega setelah mengenakan teknik penyudah "paradigm shift" di atas bahagian gelanggang yang telah ditanggalkan kanvas.
Bagi peminat2 hardcore mereka memuji perlawanan berkenaan kerana sudah lama tidak melihat perlawanan gusti ganas yang mengingatkan kepada era kegemilangan ECW.
Namun perlawanan tersebut juga mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengkritik kerana disifatkan terlalu ganas.
Perlawanan itu juga dilaporkan sedang disiasat oleh Maryland State Athletic Commission.
Walaupun perlawanan bercorak hardcore ini masih lagi dilangsungkan di promosi gusti utama termasuk WWE sehingga hari ini namun mereka telah mengehadkan tahap keganasan yang dibenarkan khususnya setelah beralih kepada era PG-13 pada 2008.
No comments:
Post a Comment