Tuesday, November 26, 2019

All Elite Wrestling (AEW) alternatif buat peminat gusti yang bosan dengan WWE

Bagi peminat gusti yang kasual, yang hanya menonton rancangan gusti yang dihidangkan di layar tv semata-mata mungkin tidak mengetahui akan kewujudan promosi2 gusti lain selain World Wrestling Entertainment (WWE).

Salah satunya adalah All Elite Wrestling (AEW)

AEW adalah promosi gusti terbaharu berpangkalan di Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat. AEW diasaskan oleh Tony Khan, anak billionaire keturunan Pakistan-Amerika, Shahid Khan, pemilik bersama kelab Jacksonville Jaguars, (kelab football di Florida) serta kelab bolasepak Liga Inggeris, Fulham FC.

Kenapa AEW ni menjadi sebutan peminat gusti pada masa ini?

Setelah WCW dan ECW, dua promosi yang menjadi saingan sengit WWE pada era 1990an, bungkus dan dibeli oleh WWE pada tahun 2001, WWE memonopoli bidang sukan gusti profesional ini selama 18 tahun, menjadikan WWE company gusti yang paling besar di Amerika dan di luar Amerika and making more money obviously.

Lama mendominasi bidang ini, produk2 gusti yang dihasilkan menjadi tidak sebagus dahulu. Justeru AEW menjadi alternatif bagi peminat yang mahukan kelainan daripada kebosanan show2 WWE yang semakin hari semakintak best.

Pada 1 January 2019, AEW wujud secara rasmi. Tony Khan bertindak sebagai Presiden bersama Cody Rhodes (bekas penggusti WWE), Kenny Omega (arguably best wrestler in the world), Young Bucks (best tag team in the world?) sebagai Executive Vice President.

Selain itu AEW juga diperkuatkan dengan penggusti legenda, Chris Jericho, bekas penggusti WWE, Jon Moxley (Dean Ambrose), Pentagon Jr, Rey Fenix dan ramai penggusti2 indy

Pay Per View pertama AEW ialah Double or Nothing yang diadakan pada 25 May 2019 sementara TV Show AEW iaitu Dynamite membuat kemunculan pertama kali di TNT pada 2 Oktober 2019, menjadikan AEW - Dynamite rancangan profesional gusti pertama bersiaran di channel TNT sejak WCW Monday Nitro bersiaran buat kali terakhir pada 26 Mac 2001.

Kenapa perlu tonton AEW ?
AEW menyajikan perlawanan gusti professional alternatif kepada WWE. Dalam erti kata lain no bullshit like WWE. No PG, no scripted promos, more violence and mature content dan lebih menitikberatkan in ring action. 





Sesiapa yang nak tengok perlawanan gusti berkualiti yang memberi kepuasan dan meninggalkan reaksi OMG, This is Awesome dan Holy Shit, disyorkan menonton AEW.  AEW juga ada bersiaran secara langsung setiap pagi Rabu (waktu Malaysia di YouTube) iaitu AEW: Dark (perlawanan2 dalam show Dynamite yang tak disiarkan di TV).










No comments:

Post a Comment