2019 ternyata masa terbaik untuk menjadi peminat gusti profesional semula dengan kemunculan AEW. Hampir dua dekad selepas Monday Night wars antara WWF dan WCW berakhir, "Perang Malam Isnin berubah kepada Perang Malam Rabu apabila WWE dan AEW bersaing dengan TV Show masing2 iaitu NXT dan AEW: Dynamite pada malam Rabu.
Monday Night wars merujuk kepada Perang rating antara rancangan gusti yang bersiaran secara langsung pada malam Isnin iaitu WWF: Monday Night Raw (Raw Is war) dengan WCW Monday Nitro daripada 4 September 1995 hingga 26 Mac 2001.
Dalam Monday Night wars ini, WCW berjaya menewaskan WWF selama 83 minggu sehinggalah Attitude Era diperkenalkan WWF sekitar tahun 1998 di mana WWF mengetengahkan content yang lebih dewasa untuk menarik peminat dewasa berbanding family oriented content untuk menyaingi WCW. WCW akhirnya gulung tikar pada 2001 dan dibeli WWF.
Fast forward to 2019, selepas kewujudan AEW pada Januari 2019, AEW mengumumkan rancangan AEW: Dynamite akan bersiaran di channel TNT pada Oktober 2019. Tindakan ini menyebabkan WWE memindahkan rancangan NXT yg sebelum ini adalah rakaman dan bersiaran di WWE NETWORK ke channel
USA NETWORK dan bersiaran selama 2 jam.
Sehingga 27 November sudah 9 minggu Perang Malam Rabu berlangsung. Setakat 20 November AEW berjaya menewaskan rating NXT sebanyak 7 kali. sementara NXT menang sekali. Bagi edisi 27 November (minggu ke-9), rating belum dikeluarkan. Lets wait and see.
No comments:
Post a Comment