Perlawanan Wargames wanita pada TakeOver: Wargames di Chicago baru2 ini tidak kurang hebatnya. Bagi perlawanan yang julung kali diadakan, perlawanan ini ternyata tidak mengecewakan.
Rhea Ripley dari NXT UK mengetuai pasukannya yang turut dianggotai oleh Dakota Kai, Candice LeRae, dan Tegan Nox.
Sementara Shayna Baszler mengetuai pasukannya yang dianggotai oleh Io Shirai, juara NXT UK Women Champion, Kay Lee Ray, dan Bianca Belair.
Io shirai memulakan perlawanan dengan Candice LeRae dan Bianca Belair daripada team Syahna menjadi penggusti wanita ketiga masuk ke gelanggang dan mereka berdua strus mendominasi perlawanan sehinggalah Rhea masuk menyelamatkan Candice denga membawa pelbagai senjata.
Kay Lee Ray menjadi penggusti seterusnya yang masuk ke gelanggang. Perlawanan 4 lawan 4 ini bertukar menjadi perlawanan handicap 4 lawan 2 setelah Dakota Kai membelot kepada pasukannya dengan menyerang Tegan Nox. Tegan Nox tidak berupaya meneruskan perlawanan sementara Dakota dibatalkan penyertaannya.
Di dalam gelanggang team Shayna yang berkelebihan dua orang ahli terus mendominasi perlawanan sehingga Candice lerae menggunakan kayu singapore cain menyerang dan melemahkan team lawan. Antara highligtt dalam perlawnana ini ialah moonsault dari Io Shirai ke atas Candice dan Bianca dari ats sangkar, poisonrana daripada Candice ke atas kay lee ray dari atas turnbuckle
Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan kepada team Rhea setelah beliau menggari tangan Shayna ke tangannya dan melakukan teknik penyudah Riptide kepada Shayna di atas kerusi.
No comments:
Post a Comment