Thursday, November 28, 2019

NXT TakeOver: Wargames 2019 - Undisputed Era vs Team Ciampa


 NXT mengakhiri tahun 2019 dengan PPV yang aku tunggu2, Wargames. Wargames kali ni mencipta sejarah apabila women wargames match buat julung kali diadakan. 

Bagi yang tak pernah tonton WCW lama, atau NWA mungkin tak tahu apa itu Wargames. Wargames adalah perlawanan yang melibatkan dua atau lebih pasukan, dalam dua gelanggang berkembar bersangkar. 

Dua penggusti dari pasukan masing2 akan memulakan perlawanan, selepas lima minit, ahli2 dari salah satu pasukan akan masuk (ahli2 kedua2 pasukan ni menunggu dalam sangkar kecik berasingan yang terletakl di entrance arena) 

Lepas 3 minit ahli dari pasukan seterusnya pula akan masuk. Sehingga semua ahli masuk gelanggang masuk baru perlawanan sebenar bermula. Senjata seperti kerusi besi, meja, kayu, etc boleh digunakan



Pelawanan Wargames lelaki pada NXT Takeover kali ni menampilkan team Undisputed Era (Adam Cole, Bobby Fish, Kyle O' Reilly dan Roderick Strong) bertemu Team Tomasso Ciampa, Keith Lee, Dominick Dijakovic dan mystery partner.

Roderick Strong dan Ciampa memulakan perlawanan. Team UE mendapat advantage selepas Adam Cole menewaskan Dijakovic dalam perlawanan bertangga 3 hari sebelum Takeover: Wargames, so ahli dari team UE menjadi penggusti ketiga masuk ke gelanggang dan mendominasi perlawanan kerana UE berkelebihan dalam penggiliran ahli manaya yang masuk ke gelanggang dahulu

Perlawanan rancak dang menghiburkan, sehinggalah momentum perlawanan kembali memihak kepada team Ciampa apabila ahli keempat mereka iaitu Kevin Owens muncul. Kesemua penggusti terlibat bertukar serangan dengan gerakan pemnyudah masing2

Menuju ke penghujung perlawanan semua ahli2 UE kena hempas atas meja. Roderick Strong kena chokeslam oleh Dijakovic ats meja, Kyle o Reilly kena Frog Splash oleh Kevin Owens atas meja, Bobby Fish kena powerbomb oleh Keith Lee dari atas tali atas gelanggang ke atas meja dan kemuncakkan Ciampa menghadiahkan Adam Cole "white noise" dari atas pagar yang berketinggian 20 kaki ke atas meja seterusnya memenangi perlawanan ini. 








Rating: 5 stars.

No comments:

Post a Comment