Perlawanan Wargames wanita pada TakeOver: Wargames di Chicago baru2 ini tidak kurang hebatnya. Bagi perlawanan yang julung kali diadakan, perlawanan ini ternyata tidak mengecewakan.
Rhea Ripley dari NXT UK mengetuai pasukannya yang turut dianggotai oleh Dakota Kai, Candice LeRae, dan Tegan Nox. Sementara Shayna Baszler mengetuai pasukannya yang dianggotai oleh Io Shirai, juara NXT UK Women Champion, Kay Lee Ray, dan Bianca Belair. Io shirai memulakan perlawanan dengan Candice LeRae dan Bianca Belair daripada team Syahna menjadi penggusti wanita ketiga masuk ke gelanggang dan mereka berdua strus mendominasi perlawanan sehinggalah Rhea masuk menyelamatkan Candice denga membawa pelbagai senjata. Kay Lee Ray menjadi penggusti seterusnya yang masuk ke gelanggang. Perlawanan 4 lawan 4 ini bertukar menjadi perlawanan handicap 4 lawan 2 setelah Dakota Kai membelot kepada pasukannya dengan menyerang Tegan Nox. Tegan Nox tidak berupaya meneruskan perlawanan sementara Dakota dibatalkan penyertaannya.
Di dalam gelanggang team Shayna yang berkelebihan dua orang ahli terus mendominasi perlawanan sehingga Candice lerae menggunakan kayu singapore cain menyerang dan melemahkan team lawan. Antara highligtt dalam perlawnana ini ialah moonsault dari Io Shirai ke atas Candice dan Bianca dari ats sangkar, poisonrana daripada Candice ke atas kay lee ray dari atas turnbuckle
Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan kepada team Rhea setelah beliau menggari tangan Shayna ke tangannya dan melakukan teknik penyudah Riptide kepada Shayna di atas kerusi.
NXT mengakhiri tahun 2019 dengan PPV yang aku tunggu2, Wargames. Wargames kali ni mencipta sejarah apabila women wargames match buat julung kali diadakan. Bagi yang tak pernah tonton WCW lama, atau NWA mungkin tak tahu apa itu Wargames. Wargames adalah perlawanan yang melibatkan dua atau lebih pasukan, dalam dua gelanggang berkembar bersangkar. Dua penggusti dari pasukan masing2 akan memulakan perlawanan, selepas lima minit, ahli2 dari salah satu pasukan akan masuk (ahli2 kedua2 pasukan ni menunggu dalam sangkar kecik berasingan yang terletakl di entrance arena) Lepas 3 minit ahli dari pasukan seterusnya pula akan masuk. Sehingga semua ahli masuk gelanggang masuk baru perlawanan sebenar bermula. Senjata seperti kerusi besi, meja, kayu, etc boleh digunakan
Pelawanan Wargames lelaki pada NXT Takeover kali ni menampilkan team Undisputed Era (Adam Cole, Bobby Fish, Kyle O' Reilly dan Roderick Strong) bertemu Team Tomasso Ciampa, Keith Lee, Dominick Dijakovic dan mystery partner. Roderick Strong dan Ciampa memulakan perlawanan. Team UE mendapat advantage selepas Adam Cole menewaskan Dijakovic dalam perlawanan bertangga 3 hari sebelum Takeover: Wargames, so ahli dari team UE menjadi penggusti ketiga masuk ke gelanggang dan mendominasi perlawanan kerana UE berkelebihan dalam penggiliran ahli manaya yang masuk ke gelanggang dahulu Perlawanan rancak dang menghiburkan, sehinggalah momentum perlawanan kembali memihak kepada team Ciampa apabila ahli keempat mereka iaitu Kevin Owens muncul. Kesemua penggusti terlibat bertukar serangan dengan gerakan pemnyudah masing2 Menuju ke penghujung perlawanan semua ahli2 UE kena hempas atas meja. Roderick Strong kena chokeslam oleh Dijakovic ats meja, Kyle o Reilly kena Frog Splash oleh Kevin Owens atas meja, Bobby Fish kena powerbomb oleh Keith Lee dari atas tali atas gelanggang ke atas meja dan kemuncakkan Ciampa menghadiahkan Adam Cole "white noise" dari atas pagar yang berketinggian 20 kaki ke atas meja seterusnya memenangi perlawanan ini.