Tatkala dunia sedang menghadapi pandemik COVID-19 yang telah merekodkan beribu kematian, acara2 sukan di seluruh dunia telah banyak dihentikan dan ditangguhkan.
Namun promosi gusti WWE dan AEW masih meneruskan show mingguan mereka yang ditayangkan secaran live di TV, namun ianya dilangsungkan di arena yang kosong tanpa penonton. Minggu ini adalah minggu kedua show2 gusti ini diadakan dalam arena yang kosong akibat pandemik global berkenaan.
Suasana arena yang kosong sememangnya menjadikan show2 ini sangat luar biasa sunyi dan amat membosankan khususnya show WWE Monday Night Raw dan SmackDown yang telah sekian lama membosankan dan mengalami kemerosotan rating.
Ini kerana show2 gusti ini sememangya banyak bergantung kepada riuh rendah dan sorakan peminat untuk memeriahkan lagi aksi dalam gelanggang. (Mungkin Vince McMahon akan lebih menghargai peminat selepas ini).
 |
WWE SmackDown |
 |
WWE Monday Night Raw |
 |
WWE NXT |
Namun AEW lebih bijak menggunakan penggusti2 mereka agar show itu tidak bosan. Mereka meletakkan beberapa penggusti heel (jahat) dan face (baik) yang tidak beraksi di kerusi penonton untuk bersorak pada perlawanan2 yang berlangsung pada malam tersebut.
AEW juga bijak dengan camera work mereka dengan tidak memfokuskan kepada kerusi yang kosong sebaliknya menggelapkan sudut berkenaan dan hanya memfokuskan aksi di dalam gelanggang.
 |
AEW DYNAMITE |
 |
AEW DYNAMITE |
No comments:
Post a Comment