Friday, November 29, 2019

Perlawanan Jon Moxley dan Kenny Omega cetus kontroversi





Perlawanan ganas "Lights Out" di antara Jon Moxley dengan Kenny Omega pada acara kemuncak pay-per-view AEW - Full Gear baru2 ini mencetuskan perdebatan kontroversi kerana banyak aksi2 ganas keterlaluan.

Perlawanan berdurasi kira-kira 40 minit itu menghidangkan aksi2 ganas dan berbahaya menggunakan objek asing sebagai senjata antaranya kayu besbol dan penyapu yang dililit dengan kawat duri, puluhan perangkap tikus yang dilekatkan di atas papan, rantai besi, katil diperbuat daripada kawat duri, tong sampah, meja dan serpihan kaca.






Antara aksi-aksi ganas yang dipertontonkan dalam perlawanan ini ialah penggunaan kayu besbol dan penyapu yang dililit dengan kawat duri sebagai senjata, ada satu ketika Jon Moxley menggosok kayu besbol berkawat duri berkenaan ke atas tangan Omega, merangkak di atas serpihan kaca, suplex di atas puluhan perangkap tikus yang dilekatkan di atas papan dan suplex di atas katil diperbuat daripada kawat duri.

Perlawanan itu berkesudahan dengan Jon Moxley menewaskan Kenny Omega setelah mengenakan teknik penyudah  "paradigm shift" di atas bahagian gelanggang yang telah ditanggalkan kanvas.




Bagi peminat2 hardcore mereka memuji perlawanan berkenaan kerana sudah lama tidak melihat perlawanan gusti ganas yang mengingatkan kepada era kegemilangan ECW.

Namun perlawanan tersebut juga mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengkritik  kerana disifatkan terlalu ganas.

Perlawanan itu juga dilaporkan sedang disiasat oleh Maryland State Athletic Commission.

Walaupun perlawanan bercorak hardcore ini masih lagi dilangsungkan di promosi gusti utama termasuk WWE sehingga hari ini namun mereka telah mengehadkan tahap keganasan yang dibenarkan khususnya setelah beralih kepada era PG-13 pada 2008.

banyaknya rancangan gusti setiap minggu

Waktu Malaysia:

Selasa - WWE Monday Night Raw 
Rabu - AEW Dark; NWA Powerrr (Kat Youtube)
Khamis - AEW Dynamite; WWE NXT
Jumaat - WWE NXT UK
Sabtu - WWE Smack Down

*Ahad - AEW PPV (2-3 bulan sekali)
*Isnin - WWE PPV (Setiap bulan)



nie just yang aku follow, yg tak berapa follow dah Impact Wrestling dan ROH pon ada rancagan sendiri setiap minggu

ROH Throwback Thursday: Adam Cole & Roderick Strong vs reDRagon


Undisputed ERA vs Undisputed Era?

WWE VS AEW: Dari Perang Malam Isnin ke Perang Malam Rabu





2019 ternyata masa terbaik untuk menjadi peminat gusti profesional semula dengan kemunculan AEW. Hampir dua dekad selepas Monday Night wars antara WWF dan WCW berakhir, "Perang Malam Isnin berubah kepada Perang Malam Rabu apabila WWE dan AEW bersaing dengan TV Show masing2 iaitu NXT dan AEW: Dynamite pada malam Rabu.

Monday Night wars merujuk kepada Perang rating antara rancangan gusti yang bersiaran secara langsung pada malam Isnin iaitu WWF: Monday Night Raw (Raw Is war) dengan WCW Monday Nitro daripada 4 September 1995 hingga 26 Mac 2001.

Dalam Monday Night wars ini, WCW berjaya menewaskan WWF selama 83 minggu sehinggalah Attitude Era diperkenalkan WWF sekitar tahun 1998 di mana WWF mengetengahkan content yang lebih dewasa untuk menarik peminat dewasa berbanding family oriented content untuk menyaingi WCW. WCW akhirnya gulung tikar pada 2001 dan dibeli WWF.




Fast forward to 2019, selepas kewujudan AEW pada Januari 2019, AEW mengumumkan rancangan AEW: Dynamite akan bersiaran di channel TNT pada Oktober 2019. Tindakan ini menyebabkan WWE memindahkan rancangan NXT yg sebelum ini adalah rakaman dan bersiaran di WWE NETWORK ke channel 
USA NETWORK dan bersiaran selama 2 jam.


Sehingga 27 November sudah 9 minggu Perang Malam Rabu berlangsung. Setakat 20 November AEW berjaya menewaskan rating NXT sebanyak 7 kali. sementara NXT menang sekali. Bagi edisi 27 November (minggu ke-9), rating belum dikeluarkan. Lets wait and see.



Thursday, November 28, 2019

Keith Lee is damn strong


holy shit!!

NXT TakeOver: Wargames 2019 - Undisputed Era vs Team Ciampa


 NXT mengakhiri tahun 2019 dengan PPV yang aku tunggu2, Wargames. Wargames kali ni mencipta sejarah apabila women wargames match buat julung kali diadakan. 

Bagi yang tak pernah tonton WCW lama, atau NWA mungkin tak tahu apa itu Wargames. Wargames adalah perlawanan yang melibatkan dua atau lebih pasukan, dalam dua gelanggang berkembar bersangkar. 

Dua penggusti dari pasukan masing2 akan memulakan perlawanan, selepas lima minit, ahli2 dari salah satu pasukan akan masuk (ahli2 kedua2 pasukan ni menunggu dalam sangkar kecik berasingan yang terletakl di entrance arena) 

Lepas 3 minit ahli dari pasukan seterusnya pula akan masuk. Sehingga semua ahli masuk gelanggang masuk baru perlawanan sebenar bermula. Senjata seperti kerusi besi, meja, kayu, etc boleh digunakan



Pelawanan Wargames lelaki pada NXT Takeover kali ni menampilkan team Undisputed Era (Adam Cole, Bobby Fish, Kyle O' Reilly dan Roderick Strong) bertemu Team Tomasso Ciampa, Keith Lee, Dominick Dijakovic dan mystery partner.

Roderick Strong dan Ciampa memulakan perlawanan. Team UE mendapat advantage selepas Adam Cole menewaskan Dijakovic dalam perlawanan bertangga 3 hari sebelum Takeover: Wargames, so ahli dari team UE menjadi penggusti ketiga masuk ke gelanggang dan mendominasi perlawanan kerana UE berkelebihan dalam penggiliran ahli manaya yang masuk ke gelanggang dahulu

Perlawanan rancak dang menghiburkan, sehinggalah momentum perlawanan kembali memihak kepada team Ciampa apabila ahli keempat mereka iaitu Kevin Owens muncul. Kesemua penggusti terlibat bertukar serangan dengan gerakan pemnyudah masing2

Menuju ke penghujung perlawanan semua ahli2 UE kena hempas atas meja. Roderick Strong kena chokeslam oleh Dijakovic ats meja, Kyle o Reilly kena Frog Splash oleh Kevin Owens atas meja, Bobby Fish kena powerbomb oleh Keith Lee dari atas tali atas gelanggang ke atas meja dan kemuncakkan Ciampa menghadiahkan Adam Cole "white noise" dari atas pagar yang berketinggian 20 kaki ke atas meja seterusnya memenangi perlawanan ini. 








Rating: 5 stars.

Wednesday, November 27, 2019

Gusti dan Muzik Metal


Dua subjek kegemaran aku. Dalam dunia gusti profesional ada ramai juga penggusti yang guna muzik metal sebagai muzik tema masing-masing. Kalau dekat ECW dulu memang banyak. Contoh Rob Van Dam guna lagu Pantera - Walk, Sandman guna lagu Metallica - Enter Sandman, Tommy Dreamer Alice in Chains - Man in the Box






Track Listings
Disc: 1
  1. This Is Extreme! [ECW Theme] - Harry Slash & The Slashtones
  2. Phantasmo and the Chicken-Run Blast-O-Rama [Wine, Women & Song Mix] - White Zombie
  3. Walk - Kilgore
  4. Trust [ECW Instrumental Mix] - Megadeth
  5. Zoo - Bruce Dickinson
  6. Enter Sandman - Motorhead
  7. Snap Your Fingers, Snap Your Neck - Grinspoon
  8. Phantom Lord - Anthrax
  9. Heard It on the X - Tres Diablos
  10. Kick Out the Jams - Monster Magnet
  11. Big Balls - Muscadine
  12. Huka Blues - Harry Slash & The Slashtones


Tu dekat ECW. Kat WWE, Triple H merupakan peminat band Motorhead, muzik tema dia The Game, dan King of Kings kedua-duanya oleh Motorhead, dan The Game oleh Drowning Pool. Lagu-lagu ni antara lagu tema paling best kat WWE sehingga kini walaupun dah hampir dua dekad usianya.

Selain itu, CM Punk pernah guna lagu Killswitch Engage - This Fire Burn kemudian Living Color- Cult of Personality.

Kalau masa kini Erick Rowan antara peminat heavy metal yang jelas sekali. Dalam setiap kemunculan Rowan, dia akan pakai baju band2 metal. 

Sesetengah band ni aku layan gak lagu-lagunya seperti Children Of Bodom, Kreator, Ensiferum, Wintersun. Tak pelik kalau Erick Rowan ni peminat metal sebab dia ni berketurunan Norwegian, negara yang kebanyakan rakyatnya seperti rakyat-rakyat negara scandinavia lain adalah peminat metal.

















Selain Rowan, penggusti berasal dari Belanda, Aleister Black juga peminat Metal genre Black Metal boleh tengok pada gimik dan karakter dia dan muzik tema



And lastly my sweetheart from the land down under, Rhea Ripley pon peminat metal. Boleh nampak pada cara dia berpakaian dan muzik tema.






Tuesday, November 26, 2019

Rating perlawanan Gusti oleh Dave Meltzer

Sapa yang follow gusti mesti kenai sapa Dave Meltzer, jurnalis dan sejarawan sukan yang selalu buat liputan perlawanan2 gusti dan editor majalah  Wrestling Observer Newsletter. Walaupun agak bias sebab selalu rate tinggi match2 gusti Jepun, namun senarai rating Uncle Dave ini boleh dijadikan rujukan untuk layan perlawanan2 gusti berkualiti tinggi dan terbaik di dunia.Senarai di bawah ni adalah perlawanan2 yang mempunyai rating paling tinggi oleh Dave Meltzer sepanjang tahun 2019. Aku dah tengok kebanyakan perlawanan2 ni, tak dinafikan memang best. Seperti ke-bias-aan kebanyakannya match2 dari NJPW, tak banyak WWE kecuali brand NXT.



5.75 Hiroshi Tanahashi vs. Kenny Omega 39:13 NJPW Wrestle Kingdom 13 January 4, 2019
5.75 Will Ospreay vs. Shingo Takagi 33:36 NJPW Best of the Super Juniors XXVI Night 15 June 5, 2019
5.75 Kazuchika Okada vs. Will Ospreay 21:56 NJPW G1 Climax 2019 Night 7 July 20, 2019
5.50 Johnny Gargano vs. Adam Cole 38:07 NXT TakeOver New York April 5, 2019
5.50 Shingo Takagi vs. Tomohiro Ishii 22:41 NJPW G1 Climax 2019 Night 16 August 8, 2019
5.50 Kota Ibushi vs. Jay White 31:01 NJPW G1 Climax 2019 Finals August 12, 2019
5.25 Adam Cole vs. Johnny Gargano 32:00 NXT TakeOver XXV June 1, 2019
5.25 Pentagon Jr.& Fenix vs. The Young Bucks 24:08 AEW All Out 2019 August 31, 2019
5.25 Walter vs. Tyler Bate 42:11 NXT UK NXT UK TakeOver: Cardiff August 31, 2019
5.00 Kazuchika Okada vs. SANADA 33:07 NJPW New Japan Cup 2019 Night 12 March 24, 2019
5.00 Cody vs. Dustin Rhodes 22:27 AEW Double Or Nothing May 25, 2019
5.00 Will Ospreay vs. Bandido 18:03 NJPW Best of the Super Juniors XXVI Night 8 May 23, 2019
5.00 Will Ospreay vs. Dragon Lee 20:07 NJPW Dominion June 9, 2019
5.00 Kota Ibushi vs. Will Ospreay 27:16 NJPW G1 Climax 2019 Night 5 July 18, 2019
5.00 Jon Moxley vs. Tomohiro Ishii 20:36 NJPW G1 Climax 2019 Night 6 July 19, 2019
5.00 Sanada vs. Kazuchika Okada 29:47 NJPW G1 Climax 2019 Night 13 August 3, 2019
5.00 Tetsuya Naito vs. Shingo Takagi 27:15 NJPW G1 Climax 2019 Night 14 August 4, 2019
5.00 Bandido & Flamita & Rey Horus vs. Puma King & Black Taurus & Laredo Kid 14:12 PWG PWG 16th Anniversary Show July 26, 2019
5.00 Kota Ibushi vs. Kazuchika Okada 25:08 NJPW G1 Climax 2019 A Block Finals August 10, 2019
5.00 Bandido vs. Dragon Lee 11:59 PWG Battle of Los Angeles September 22, 2019

full list.
https://wrestletalk.com/features/every-dave-meltzer-star-rating-of-2019/



Lawa talipinggang Intercontinental WWE yang baharu



Sami Zayn memperkenalkan talipinggang Intercontinental design baharu pada episode SmackDown,  22 November lepas. Sangat cun mengembalikan kegemilangan talipinggang kedua berprestij di WWE.


Persoalannya kenapa tiba2 WWE perkenal talipinggang IC yang baharu? adakah ingin memadamkan memori peminat terhadap talipinggang IC putih yang diperkenalkan semula oleh Cody Rhodes pada 2011 setelah Cody kini menjadi musuh no.1 WWE ? Kalau benar itu alasannya memang WWE cuak 
dengan AEW.





Layan Gusti atas kapal Cruise?




Kalau band thrash metal legenda Megadeth julung kalinya buat konsert jelajah atas kapal cruise "Megacruise" pada bulan Oktober lepas, Chris Jericho dah buat ni dari tahun lepas lagi. 

Tahun lepas Jericho berkolaborasi dengan Ring of Honor menganjurkan Chris Jericho's Rock 'N' Wrestling Rager at Sea, tahun 2020 pengalaman pelayaran atas kapal cruise kembali lagi, kali ni Jericho berkolaborasi dengan All Elite Wrestling (AEW). Selain event gusti, antara acara-acara yang akan dilangsungkan atas kapal berkenaan ialah konsert, stand-up comedy, dan podcast.







Lets cruise maaannn.

All Elite Wrestling (AEW) alternatif buat peminat gusti yang bosan dengan WWE

Bagi peminat gusti yang kasual, yang hanya menonton rancangan gusti yang dihidangkan di layar tv semata-mata mungkin tidak mengetahui akan kewujudan promosi2 gusti lain selain World Wrestling Entertainment (WWE).

Salah satunya adalah All Elite Wrestling (AEW)

AEW adalah promosi gusti terbaharu berpangkalan di Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat. AEW diasaskan oleh Tony Khan, anak billionaire keturunan Pakistan-Amerika, Shahid Khan, pemilik bersama kelab Jacksonville Jaguars, (kelab football di Florida) serta kelab bolasepak Liga Inggeris, Fulham FC.

Kenapa AEW ni menjadi sebutan peminat gusti pada masa ini?

Setelah WCW dan ECW, dua promosi yang menjadi saingan sengit WWE pada era 1990an, bungkus dan dibeli oleh WWE pada tahun 2001, WWE memonopoli bidang sukan gusti profesional ini selama 18 tahun, menjadikan WWE company gusti yang paling besar di Amerika dan di luar Amerika and making more money obviously.

Lama mendominasi bidang ini, produk2 gusti yang dihasilkan menjadi tidak sebagus dahulu. Justeru AEW menjadi alternatif bagi peminat yang mahukan kelainan daripada kebosanan show2 WWE yang semakin hari semakintak best.

Pada 1 January 2019, AEW wujud secara rasmi. Tony Khan bertindak sebagai Presiden bersama Cody Rhodes (bekas penggusti WWE), Kenny Omega (arguably best wrestler in the world), Young Bucks (best tag team in the world?) sebagai Executive Vice President.

Selain itu AEW juga diperkuatkan dengan penggusti legenda, Chris Jericho, bekas penggusti WWE, Jon Moxley (Dean Ambrose), Pentagon Jr, Rey Fenix dan ramai penggusti2 indy

Pay Per View pertama AEW ialah Double or Nothing yang diadakan pada 25 May 2019 sementara TV Show AEW iaitu Dynamite membuat kemunculan pertama kali di TNT pada 2 Oktober 2019, menjadikan AEW - Dynamite rancangan profesional gusti pertama bersiaran di channel TNT sejak WCW Monday Nitro bersiaran buat kali terakhir pada 26 Mac 2001.

Kenapa perlu tonton AEW ?
AEW menyajikan perlawanan gusti professional alternatif kepada WWE. Dalam erti kata lain no bullshit like WWE. No PG, no scripted promos, more violence and mature content dan lebih menitikberatkan in ring action. 





Sesiapa yang nak tengok perlawanan gusti berkualiti yang memberi kepuasan dan meninggalkan reaksi OMG, This is Awesome dan Holy Shit, disyorkan menonton AEW.  AEW juga ada bersiaran secara langsung setiap pagi Rabu (waktu Malaysia di YouTube) iaitu AEW: Dark (perlawanan2 dalam show Dynamite yang tak disiarkan di TV).










Pengenalan

Page ini didedikasikan kepada peminat2 gusti seluruh Malaysia sebagai platfrom perkongsian info2 mengenai event2 gusti profesional yang berlangsung di seluruh dunia