Wednesday, April 8, 2020

WWF Brawl For All - Idea Paling Teruk dan Paling Gagal



Pada tahun 1998, WWF menganjurkan pertandingan yang dinamakan Brawl For All hasil idea Vince Russo, bekas penulis di WWF. Idea Brawl For All itu dikritik hebat oleh para pengkritik gusti kerana mendedahkan para penggusti kepada risiko kecederaan yang serius.

Ketika era 90an gusti di WWF mengalami kemerosotan dengan gimik2 bodoh dan tidak kreatif. Vince Russo dikenali sebagai seorang penulis yang memasukkan elemen drama dan kejutan dalam gusti ala2 Jerry springer show. 

Untuk lari dari gimik2 bodoh berkenaan, Russo mengesyorkan agar WWF melakukan storyline yang lebih real

Di belakang pentas beliau berselisih faham dengan John Bradshaw Layfield, beliau mendakwa Bradshaw seorang yang angkuh, pembuli dan cakap besar kerana berkata beliau boleh membelasah semua penggusti di locker room ketika itu. 

Russo membentangkan idea Brawl For All kepada tauke WWF, Vince McMahon dan McMahon bersetuju dengan idea tersebut. Idea Brawl For All ini dicetuskan oleh Russo hanya untuk menghukum Bradshaw.

Justeru pada 29 Jun 1998 hingga 24 Ogos 1998 telah dilangsungkan pertandingan melibatkan 16 penggusti yang bukan berlawan dalam perlawanan gusti profesionaa tapi untuk bertinju.

Ketika pertandingan berlangsung penggusti2 ini melakukan tumbukan bahaya dan ramai mengalami kecederaan serius sehingga terpaksa bersara. 

Bart Gunn mengejutkan ramai apabila berjaya melangkah ke final bertemu dengan Bradshaw. Dalam perlawanan akhir itu Bart Gunn muncul juara menerusi KO dan menerima bayaran $75,000 namun nama beliau terus tenggelam walaupun memenangi pertandingan tersebut. 

Storyline Brawl For All ini dikritik hebat oleh peminat dan pengkritik. Gusti profesional bukanlah real fight seperti tinju dan MMA, ianya scripted and predetermined.

Ia seperti demonstrasi perlawanan atau koreograf yang memerlukan kerjasama pihak2 yang terlibat. Pemenang telah pun ditentukan sebelum perlawanan oleh kreatif. Gerakan2 yang dilakukan dalam gelanggang adalah hasil kerjasama dan dibincang terlebih dahulu di belakang pentas.

Justeru meletakkan penggusti profesional yang dilatih untuk sukan gusti profesional untuk bertarung dalam sukan tempur sebenar seperti tinju adalah tindakan bodoh kerana mendedahkan mereka kepada kecederaan yang serius.

Walaupun dianggap fake fight kecederaan are still real kalau berlaku kesilapan. Contohnya Darren Drozdov yang lumpuh sepanjang hayat akibat kecederaan tengkuk selepas berlaku insiden akibat kesilapan dalam gelanggang ketika bertemu D'lo Brown pada 1999.






No comments:

Post a Comment