Thursday, April 2, 2020
AEW - TNT Championship Tournament
Seperti diumumkan oleh CEO AEW, Tony Khan pada 30 Mac lalu, AEW akan menganjurkan pertandingan untuk menobatkan juara AEW - TNT Championship pertama menerusi pertandingan yang melibatkan 8 penggusti.
Dynamite edisi 1 April hari ini telah mendedahkan dengan lengkap peserta-peserta yang akan terlibat dalam pertandingan tersebut yang akan bermula pada 8 April ini.
Final pertandingan dijadualkan akan berlangsung pada PPV Double or Nothing pada 23 Mei depan.
Melihat kepada namanya, AEW - TNT Championship ini tidak syak lagi adalah homage kepada kejuaraan TV Championship yang pernah dimiliki oleh NWA/WCW dahulu.
Kewujudan kejuaraan kedua ini sudah tentu akan merancakkan lagi persaingan dan mewujudkan perlawanan lebih menarik dan berkualiti bagi merebut kejuaraan yg dianggap high stakes.
Melihat kepada jadual pertandingan Cody dan Lance Archer diramalkan akan bertemu di peringkat akhir memandangkan AEW telah memulakan storyline permusuhan antara mereka sejak beberapa minggu lepas.
Labels:
AEW

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment