Detik hitam tercatat dalam lipatan sejarah gusti profesional pada Rabu 15 April lalu apabila promosi gusti terbesar di dunia, WWE membuang berdozen penggusti, produser, jurulatih, krew belakang pentas dan pengadil.
Pembuangan itu dibuat sebagai langkah penjimatan susulan pandemik Coronavirus yang melanda dunia ketika ini yang turut menjejaskan promosi gusti tersebut.
Selain dilepaskan dilaporkan juga bahawa sesetengah daripada staf2 WWE diberi cuti tanpa bertugas (furlough). Mereka ini kemungkinan akan dipanggil semula apabila keadaan pulih.
Dilaporkan bahawa pembuangan bakat2 tersebut dapat memberi penjimatan lebih kurang $4 juta US dollar sebulan kepada promosi tersebut.
Jumlah itu hanyalah sedikit, kerana WWE dikatakan mempunyai $500 juta US Dollar simpanan tunai namun tidak mahu membelanjakan sebahagian kecil daripada jumlah untuk itu untuk menggaji staf2 berkenaan.
Walaupun kebanyakan penggusti2 yang dilepaskan WWE ini adalah penggusti "jobber" iaitu istilah dalam gusti yang merujuk kepada penggusti yang beraksi untuk ditewaskan oleh penggusti lain namun sebahagiannya adalah nama besar dan telah lama berkhidmat dengan WWE seperti pengadil, Mike Chioda yang telah berkhidmat dengan WWE sejak tahun 1989.
Apa yang lebih menyedihkan WWE tidak pernah menggunakan bakat2 ini sepenuhnya untuk menjadi bintang dan main eventer. WWE menandatangani penggusti2 supaya mereka tidak menandatangani dengan promosi2 pesaing lain.
Diharap penggusti2 ini akan menemui "tempat" baharu untuk mereka beraksi semula, tempat yang lebih menghargai bakat mereka misalnya AEW, NJPW< ROH, Impact Wrestling dan NWA.
WWE LIST OF TALENT RELEASES
Sementara itu ketika pertandingan sukan seluruh dunia terpaksa ditunda akibat pandemik Covid-19, WWE masih dibenarkan membuat live show untuk siaran tv mereka.
WWE juga dianggap sebagai "essential business" oleh Gabenor Florida. Tidak dinafikan ini juga ada kaitan dengan hubungan baik keluarga McMahon dengan Presiden Trump dan mereka juga adalah penyokong parti Republikan.
Isteri Vince, Linda Mc Mahon merupakan pengerusi American First Action, iaitu Jawatankuasa Bertindak Politik (PAC) yang menyokong usaha Trump untuk pemilihan presiden menyumbang $18.5 juta USD untuk Tampa dan Orlando pada hari yg sama mereka diisytihar sebagai essential business.
Trump juga melantik Vince menjadi salah sorang penasihat ekonomi US post covid-19.
Donald Trump names WWE’s Vince McMahon as adviser to restart US economy
No comments:
Post a Comment