Tuesday, April 21, 2020

Covid-19 - WWE buang penggusti, produser, krew belakang pentas



Detik hitam tercatat dalam lipatan sejarah gusti profesional pada Rabu 15 April lalu apabila promosi gusti terbesar di dunia, WWE membuang berdozen penggusti, produser, jurulatih, krew belakang pentas dan pengadil.

Pembuangan itu dibuat sebagai langkah penjimatan susulan pandemik Coronavirus yang melanda dunia ketika ini yang turut menjejaskan promosi gusti tersebut.

Selain dilepaskan dilaporkan juga bahawa sesetengah daripada staf2 WWE diberi cuti tanpa bertugas (furlough). Mereka ini kemungkinan akan dipanggil semula apabila keadaan pulih.


Tindakan WWE tersebut mengundang kecaman banyak pihak di kala penduduk seluruh dunia sedang mengalami kesusahan kerana tidak dapat bekerja.

Dilaporkan bahawa pembuangan bakat2 tersebut dapat memberi penjimatan lebih kurang $4 juta US dollar sebulan kepada promosi tersebut.

Jumlah itu hanyalah sedikit, kerana WWE dikatakan mempunyai $500 juta US Dollar simpanan tunai namun tidak mahu membelanjakan sebahagian kecil daripada jumlah untuk itu untuk menggaji staf2 berkenaan.


Walaupun kebanyakan penggusti2 yang dilepaskan WWE ini adalah penggusti "jobber" iaitu istilah dalam gusti yang merujuk kepada penggusti yang beraksi untuk ditewaskan oleh penggusti lain namun sebahagiannya adalah nama besar dan telah lama berkhidmat dengan WWE seperti pengadil, Mike Chioda yang telah berkhidmat dengan WWE sejak tahun 1989.

Apa yang lebih menyedihkan WWE tidak pernah menggunakan bakat2 ini sepenuhnya untuk menjadi bintang dan main eventer. WWE menandatangani penggusti2 supaya mereka tidak menandatangani dengan promosi2 pesaing lain.

Diharap penggusti2 ini akan menemui "tempat" baharu untuk mereka beraksi semula, tempat yang lebih menghargai bakat mereka misalnya AEW, NJPW< ROH, Impact Wrestling dan NWA.



WWE LIST OF TALENT RELEASES

Sementara itu ketika pertandingan sukan seluruh dunia terpaksa ditunda akibat pandemik Covid-19, WWE masih dibenarkan membuat live show untuk siaran tv mereka.

WWE juga dianggap sebagai "essential business" oleh Gabenor Florida. Tidak dinafikan ini juga ada kaitan dengan hubungan baik keluarga McMahon dengan Presiden Trump dan mereka juga adalah penyokong parti Republikan.

Isteri Vince, Linda Mc Mahon merupakan pengerusi American First Action, iaitu Jawatankuasa Bertindak Politik (PAC) yang menyokong usaha Trump untuk pemilihan presiden menyumbang $18.5 juta USD untuk Tampa dan Orlando pada hari yg sama mereka diisytihar sebagai essential business.

Trump juga melantik Vince menjadi salah sorang penasihat ekonomi US post covid-19.

Donald Trump names WWE’s Vince McMahon as adviser to restart US economy

Wednesday, April 8, 2020

WWF Brawl For All - Idea Paling Teruk dan Paling Gagal



Pada tahun 1998, WWF menganjurkan pertandingan yang dinamakan Brawl For All hasil idea Vince Russo, bekas penulis di WWF. Idea Brawl For All itu dikritik hebat oleh para pengkritik gusti kerana mendedahkan para penggusti kepada risiko kecederaan yang serius.

Ketika era 90an gusti di WWF mengalami kemerosotan dengan gimik2 bodoh dan tidak kreatif. Vince Russo dikenali sebagai seorang penulis yang memasukkan elemen drama dan kejutan dalam gusti ala2 Jerry springer show. 

Untuk lari dari gimik2 bodoh berkenaan, Russo mengesyorkan agar WWF melakukan storyline yang lebih real

Di belakang pentas beliau berselisih faham dengan John Bradshaw Layfield, beliau mendakwa Bradshaw seorang yang angkuh, pembuli dan cakap besar kerana berkata beliau boleh membelasah semua penggusti di locker room ketika itu. 

Russo membentangkan idea Brawl For All kepada tauke WWF, Vince McMahon dan McMahon bersetuju dengan idea tersebut. Idea Brawl For All ini dicetuskan oleh Russo hanya untuk menghukum Bradshaw.

Justeru pada 29 Jun 1998 hingga 24 Ogos 1998 telah dilangsungkan pertandingan melibatkan 16 penggusti yang bukan berlawan dalam perlawanan gusti profesionaa tapi untuk bertinju.

Ketika pertandingan berlangsung penggusti2 ini melakukan tumbukan bahaya dan ramai mengalami kecederaan serius sehingga terpaksa bersara. 

Bart Gunn mengejutkan ramai apabila berjaya melangkah ke final bertemu dengan Bradshaw. Dalam perlawanan akhir itu Bart Gunn muncul juara menerusi KO dan menerima bayaran $75,000 namun nama beliau terus tenggelam walaupun memenangi pertandingan tersebut. 

Storyline Brawl For All ini dikritik hebat oleh peminat dan pengkritik. Gusti profesional bukanlah real fight seperti tinju dan MMA, ianya scripted and predetermined.

Ia seperti demonstrasi perlawanan atau koreograf yang memerlukan kerjasama pihak2 yang terlibat. Pemenang telah pun ditentukan sebelum perlawanan oleh kreatif. Gerakan2 yang dilakukan dalam gelanggang adalah hasil kerjasama dan dibincang terlebih dahulu di belakang pentas.

Justeru meletakkan penggusti profesional yang dilatih untuk sukan gusti profesional untuk bertarung dalam sukan tempur sebenar seperti tinju adalah tindakan bodoh kerana mendedahkan mereka kepada kecederaan yang serius.

Walaupun dianggap fake fight kecederaan are still real kalau berlaku kesilapan. Contohnya Darren Drozdov yang lumpuh sepanjang hayat akibat kecederaan tengkuk selepas berlaku insiden akibat kesilapan dalam gelanggang ketika bertemu D'lo Brown pada 1999.






Sunday, April 5, 2020

WrestleMania sendu tanpa penonton (WM 36 full result)

Seperti kita semua sedia maklum, WWE meneruskan juga PPV WrestleMania 36 walaupun terpaksa dilangsungkan di arena kosong tanpa penonton. Sudah tentunya bagi peminat gusti profesional, ianya adalah sesuatu yang aneh dan sukar diterima kerana WrestleMania adalah "SuperBowl" bagi gusti profesional dan amat ditunggu2 oleh peminat. 

WrestleMania sinonim dengan acara yang gilang gemilang dilangsungkan di arena2 yg besar yang boleh memuatkan sehingga 80,000-90,000 penonton, kehadiran selebriti terkenal, live muzik, grand entrance daripada para penggusti dan moment yang diingati kini hanyalah suatu painful to watch show dan menjadi WrestleMania yang terburuk dalam sejarah sejak pertama kali dilangsungkan pada 1984

WrestleMania 36 ditayangkan selama 2 malam pada 4-5 April 2020. Ia adalah pre-taped show bukan LIVE, dan telah dirakam di WWE Performance Centre. So result WrestleMania 36 bagi malam pertama adalah seperti berikut.






Name of the event: WWE WrestleMania 36 - Tag 1
Date: 04.04.2020
Promotion: World Wrestling Entertainment
Type: Pay Per View
Location: Orlando, Florida, USA
Arena: WWE Performance Center
Broadcast type: Aufzeichnung
Broadcast date: 04.04.2020
TV station/network: WWE Network
Commentary by: Byron Saxton, John Bradshaw Layfield, Michael Cole & Tom Phillips
Theme: Blinding Lights (The Weeknd)

WWE Women's Tag Team Title Match
Alexa Bliss & Nikki Cross defeat The Kabuki Warriors (Asuka & Kairi Sane) (c) (15:02) - TITLE CHANGE !!!

Singles Match
Elias defeats King Corbin (8:52)

WWE RAW Women's Title Match
Becky Lynch (c) defeats Shayna Baszler (8:31)

WWE Intercontinental Title Match
Sami Zayn (w/Cesaro & Shinsuke Nakamura) (c) defeats Daniel Bryan (w/Drew Gulak) (9:16)

[Recommended, CAGEMATCH inmates: 7.60]
WWE SmackDown Tag Team Title Triple Threat Ladder Match
John Morrison (c) defeats Jimmy Uso and Kofi Kingston

Singles Match
Kevin Owens defeats Seth Rollins by DQ (9:59)

No Disqualification Match
Kevin Owens defeats Seth Rollins (5:22)

WWE Universal Title Match
Braun Strowman defeats Goldberg (c) (2:11) - TITLE CHANGE !!!

[Recommended, CAGEMATCH inmates: 7.49]
Boneyard Match
The Undertaker defeats AJ Styles (18:15)






Name of the event: WWE WrestleMania 36 - Tag 2
Date: 04.05.2020
Promotion: World Wrestling Entertainment
Type: Pay Per View
Location: Orlando, Florida, USA
Arena: WWE Performance Center
Broadcast type: Aufzeichnung
Broadcast date: 04.04.2020
TV station/network: WWE Network

Commentary by: Byron Saxton, John Bradshaw Layfield, Michael Cole & Tom Phillips


[Recommended, CAGEMATCH inmates: 8.30]
WWE NXT Women's Title Match
Charlotte Flair defeats Rhea Ripley (c) (20:27) - TITLE CHANGE !!!

Singles Match
Aleister Black defeats Bobby Lashley (w/Lana) (7:16)

Singles Match
Otis defeats Dolph Ziggler (w/Sonya Deville) (8:10)

Last Man Standing Match
Edge defeats Randy Orton (36:41)

WWE RAW Tag Team Title Match
The Street Profits (Angelo Dawkins & Montez Ford) (c) defeat Angel Garza & Austin Theory (w/Zelina Vega) (6:20)

WWE SmackDown Women's Title Fatal Five Way Elimination Match
Bayley (c) defeats Lacey Evans and Naomi and Sasha Banks and Tamina (19:20)
- Naomi, Lacey Evans, Sasha Banks & Bayley eliminate Tamina (6:35)
- Sasha Banks eliminates Naomi (10:20)
- Lacey Evans eliminates Sasha Banks (13:25)
- Bayley eliminates Lacey Evans

[Recommended, CAGEMATCH inmates: 8.53]
Firefly Fun House Match
The Fiend defeats John Cena

WWE Title Match

Drew McIntyre defeats Brock Lesnar (w/Paul Heyman) (c) (4:35) - TITLE CHANGE !!!

Friday, April 3, 2020

Dark Side of the Ring kembali

Siri dokumentari terbitan Viceland, Dark Side of the Ring kembali untuk musim kedua pada 24 Mac 2020 lalu. Siri ini menyentuh subjek2 kontroversi di dalam dunia gusti profesional dengan setiap episod memfokuskan insiden2 yang spesifik.

Episod pertama dan kedua musim kedua ini mengenai kes pembunuhan-dan-bunuh diri yang dilakukan oleh Chris Benoit ke atas isteri dan anaknya sendiri pada tahun 2007, manakala episod ketiga mengenai penggusti bernama New Jack yang bertindak melampaui batas mencederakan lawan2nya.


Thursday, April 2, 2020

AEW - TNT Championship Tournament



Seperti diumumkan oleh CEO AEW, Tony Khan pada 30 Mac lalu, AEW akan menganjurkan pertandingan untuk menobatkan juara AEW - TNT Championship pertama menerusi pertandingan yang melibatkan 8 penggusti.

Dynamite edisi 1 April hari ini telah mendedahkan dengan lengkap peserta-peserta yang akan terlibat dalam pertandingan tersebut yang akan bermula pada 8 April ini.

Final pertandingan dijadualkan akan berlangsung pada PPV Double or Nothing pada 23 Mei depan.

Melihat kepada namanya, AEW - TNT Championship ini tidak syak lagi adalah homage kepada kejuaraan TV Championship yang pernah dimiliki oleh NWA/WCW dahulu.

Kewujudan kejuaraan kedua ini sudah tentu akan merancakkan lagi persaingan dan mewujudkan perlawanan lebih menarik dan berkualiti bagi merebut kejuaraan yg dianggap high stakes.

Melihat kepada jadual pertandingan Cody dan Lance Archer diramalkan akan bertemu di peringkat akhir memandangkan AEW telah memulakan storyline permusuhan antara mereka sejak beberapa minggu lepas.