Saturday, December 28, 2019
Kenangan Tonton, Rakam Gusti Di TV Pakai VHS
Bagi mereka yang membesar pada zaman 90an pasti mengenali apa itu VHS dan VCR. Mungkin nama VHS agak janggal, kita lebih mengenalinya sebagai video tape atau tape manakala VCR pulak adalah nama player untuk main VHS tersebut. Sistem ini wajib ada dalam setiap isi rumah masyarakat pada 80an dan 90an termasuk di Malaysia.
Selain movie, Video gusti antara yang popular untuk ditonton menggunakan VHS pada ketika itu. Video store atau kedai video yang menawarkan perkhidmatan menyewa tape ini banyak terdapat di pekan dan bandar namun telah pupus ditelan zaman.
Ketika aku kecil pada awal 90an dulu, ayah aku selalu menyewa video tape movie dan gusti. Rate untuk sewa tape dekat tempat aku pada masa itu dalam RM3 untuk 3 hari. Lepas 3 hari kena pulangkan. Kalau lambat pulang kena bayar ikut hari. So dalam masa 3 hari tu lah kena tengok perabih, kalau best repeat lagi dua tiga kali.
Ketika pertengahan 90an, antara video gusti yang ayah aku selalu sewa adalah PPV WWF In Your House. Selalu dia sewa tape2 gusti ni masa hari Khamis sebab Jumaat cuti, so malam Khamis tu boleh tidur lewat layan gusti. Jiran2 yang layan gusti pun selalu pinjam tape2 yang kami sewa
Sehingga tahun 2000 kami masih sewa tape gusti namun pada masa tu penggunaan VHS ni dah makin kurang sebab VCD dah makin popular since 1998. So staRT 2001 dah tak sewa tape dan beralih kepada VCD.Habisu bab sewa tape.
Kelebihan VCR ni pulak selain utk tonton VHS kita boleh rekod rancangan2 kat TV. So sejak TV3 tayang gusti WWF Superstars mulai 1999 memang aku tak pernah ketinggalan untuk merekodnya.
Rancangan gusti sememangnya ditayangkan kat TV sejak sekian lama, namun on off, sekejap ada sekejap tak ada. Aku ingat lagi ketika pertengahan 1990an macam tu RTM ada tayang show WWF. Kemudian dalam 1997/1998 RTM tayang WCW.
Masuk 1999 TV3 tayang balik gusti jam 11:00 malam setiap Khamis, iaitu WWF Superstars, recap daripada rancangan WWF RAW IS WAR. Walaupun hanya recap tapi cukup best dah sebab time tu internet belum meluas kalau ada internet pon available kah gusti? so apa yang tayang kt TV tu memang enjoy habis habisan.
Jadi setiap Khamis malam aku adik beradik dan ayah aku memang tunggu depan TV, tonton sambil rakam gusti. Lepastu tgk lagiu repeat2.
Dalam tahun 2000 pulak tv3 tayang satu lagi rancangan gusti iaitu SmackDown ke udara setiap Isnin 11:00 malam. Waktu siaran WWF Superstars pulak berubah pulak kalau tak silap pagi selasa jam 12:30 lepas Nightline. Nak tgk time ni takot mak marah, so aku dan abang aku bangun pukul 1230 malam, buka tv, tak buka suara, rekod, dan pause masa iklan. esoknya baru tgk. huh
Kemudian dalam bulan Sept 2000, TV3 tayang pulak PPV WWF, bermula dengan SummerSlam jam 12:30 malam hari Isnin. So sejak 1999 Sampai tahun 2001/2002 aku tak pernah miss rakam gusti kat TV. Pada ketika ini adalah zaman kemuncak WWF attitude era, gusti amat popular di Malaysia ketika ini sehingga 2001.
Aku ingat lagi pada hari Sabtu aku selalu pi beli tape kosong jenama sony kat supermarket untuk rakam gusti. Aku masih simpan ratusan tape rancangan2 gusti yg dirakam dalam tempoh itu. Banyak yg dah rosak. Tapi fizikalnya masih elok. Ni adalah kenangan zaman sekolah dulu, sejak 2001 dan ke atas kami tape dah tak guna sangat.
Masa ni just rakam show smackdown dan superstars. PPV Gusti ada keluar dalam bentuk VCD sebulan selepas ia berlangsung. Cth kalau PPV tu bulan 3, bulan 4 avalaible kt kedai. VCD ni ori taw, harga RM29.90.
Masuk tahun 2002 bila astro tayang PPV gusti, VCD ori dah tak juai. Kt kedai2 dan pasar malam depa juai yang rakam dari astro. PPV tayang hari isnin LIVE, selasa dah ada VCD. 2-3 tahun lepastu VCD dah diganti dengan DVD. Tak lama pastu DVD pon orang tak tengok dah, layan gusti stream online, dan download saja.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment