Friday, August 28, 2020

WWE Perkenal Thunderdome

Bermula pada episod Smackdown 21 Ogos lalu, WWE memperkenal Thunderdome iaitu set pentas canggih dengan papan video, piroteknik, laser, grafik moden dan kamera drone, yang membawa pengalaman menonton peminat WWE ke tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Melalui Thunderdome ini peminat boleh datang ke arena secara "virtual" dan wajah mereka akan terpapar di papan LED yang besar yang berada di keliling gelanggang untuk setiap episod Monday Night Raw, Friday Night SmackDown dan pay-per-view.

Dengan adanya konsep Thunderdome ini sekurang-kurangnya suasana kembali meriah dan seolah2 ada penonton dikeliling gelanggang seperti sebelum terjadinya pandemik covid. 

Namun begitu Thunderdome ini turut membawa masalah kepada WWE di mana peminat yang muncul di paparan LED sengaja men'troll' WWE dengan mempamerkan subjek yang kontroversi ataupun diharamkan oleh WWE.




No comments:

Post a Comment