Friday, August 28, 2020

Karrion Kross kosongkan kejuaraan NXT yang baru dimenangi!

Malang buat juara baharu NXT, Karrion Kross apabila terpaksa mengosongkan kejuaraan yang dimenanginya selepas menewaskan Keith Lee pada NXT TakeOver XXX pada Sabtu lalu akibat kecederaan bahu yang serius.

Sememangnya kecederaan ini merencatkan momentum Kross yang dilihat mampu muncul sebagai bintang baharu NXT. Beliau membuat kemunculan pertama di WWE NXT pada April 2020 dan terus terus menyinar dan seterusnya juara NXT empat bulan kemudian


Kross mengumumkan pengosongan kejuaraan itu pada episod NXT pada Rabu (khamis 27 Ogos waktu Malaysia). Pengosongan kejuaraan ini mengingatkan kita kepada Finn Balor yang terpaksa mengosongkan kejuaraan WWE Universal Championship sehari selepas memenanginya di SummerSlam 2016 juga kerana kecederaan bahu.


Begitu juga dengan Tomasso Ciampa yang mengosongkan kejuaraan NXT pada Mac 2019 kerana kecederaan tengkuk. 



Bagi mencari juara baharu NXT, General Manager, William Regal telah mengumumkan perlawanan Fatal Four Way: 60 Minutes Iron Man Match membabitkan Finn Bálor, Tommaso Ciampa, Adam Cole dan Johnny Gargano minggu depan. 

Pemenang peraturan ini ditentukan oleh penggusti yang paling banyak menang sepanjang 60 minut perlawanan berlangsung.

Perlawanan yang sudah tentu menjadi perlawanan klasik kerana ke-empat2 mereka merupakan bekas juara NXT dan antara bintang NXT yang paling berbakat dan paling menyerlah.


No comments:

Post a Comment