Friday, August 28, 2020

AEW Dynamite kembali secara LIVE di depan peminat

Selepas kira2 lima bulan AEW Dynamite terpaksa dilangsungkan secara rakaman di arena kosong tiada penonton, buat pertama kali sejak Mac 2020 AEW Dynamite kembali dilangsunkan secara LIVE di hadapan peminat di amphiteater Daily's Place di Jacksonville Florida Amerika Syarikat.

Walaugaiamanpun jumlah kehadiran penonton dihadkan kepada hanya kira-kira 10% daripada kapasiti penuh amphiteater itu yang boleh memuatkan 5,000 penonton.

Di samping itu peminat juga perlu mengikut SOP yang ditetapkan seperti mengamalkan penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka. AEW juga berkata sekiranya peraturan terus  ditaati mereka akan meluaskan had kehadiran penonton kepada 15%.

Dianggarkan 500 penonton hadir pada Dynamite semalam.





Karrion Kross kosongkan kejuaraan NXT yang baru dimenangi!

Malang buat juara baharu NXT, Karrion Kross apabila terpaksa mengosongkan kejuaraan yang dimenanginya selepas menewaskan Keith Lee pada NXT TakeOver XXX pada Sabtu lalu akibat kecederaan bahu yang serius.

Sememangnya kecederaan ini merencatkan momentum Kross yang dilihat mampu muncul sebagai bintang baharu NXT. Beliau membuat kemunculan pertama di WWE NXT pada April 2020 dan terus terus menyinar dan seterusnya juara NXT empat bulan kemudian


Kross mengumumkan pengosongan kejuaraan itu pada episod NXT pada Rabu (khamis 27 Ogos waktu Malaysia). Pengosongan kejuaraan ini mengingatkan kita kepada Finn Balor yang terpaksa mengosongkan kejuaraan WWE Universal Championship sehari selepas memenanginya di SummerSlam 2016 juga kerana kecederaan bahu.


Begitu juga dengan Tomasso Ciampa yang mengosongkan kejuaraan NXT pada Mac 2019 kerana kecederaan tengkuk. 



Bagi mencari juara baharu NXT, General Manager, William Regal telah mengumumkan perlawanan Fatal Four Way: 60 Minutes Iron Man Match membabitkan Finn Bálor, Tommaso Ciampa, Adam Cole dan Johnny Gargano minggu depan. 

Pemenang peraturan ini ditentukan oleh penggusti yang paling banyak menang sepanjang 60 minut perlawanan berlangsung.

Perlawanan yang sudah tentu menjadi perlawanan klasik kerana ke-empat2 mereka merupakan bekas juara NXT dan antara bintang NXT yang paling berbakat dan paling menyerlah.


WWE NXT TakeOver: XXX results





Name of the event: WWE NXT TakeOver: XXX
Date: 22.08.2020
Promotion: World Wrestling Entertainment
Type: TV-Show
Location: Winter Park, Florida, USA
Arena: Full Sail University
Broadcast type: Live
Broadcast date: 22.08.2020
TV station/network: WWE Network
Commentary by: Beth Phoenix, Corey Graves & Vic Joseph
Theme: Moth Into Flame (Metallica)

:::: Matchguide Rating: 6.99 based on 94 votes. :: WON: **** ::::
Singles Match
Finn Balor defeats Timothy Thatcher (13:32)

:::: Matchguide Rating: 8.16 based on 102 votes. :: WON: ****1/2 ::::
WWE NXT North American Title Five Way Ladder Match (vakant)
Damian Priest defeats Bronson Reed and Cameron Grimes and Johnny Gargano and Velveteen Dream (21:25) - TITLE CHANGE !!!

:::: Matchguide Rating: 6.84 based on 95 votes. :: WON: ***3/4 ::::
Singles Match
Adam Cole defeats Pat McAfee (w/AJ Hawk, Darius Butler & Nick Maraldo) (16:11)

:::: Matchguide Rating: 7.40 based on 82 votes. :: WON: ***3/4 ::::
WWE NXT Women's Title Match
Io Shirai (c) defeats Dakota Kai (w/Raquel Gonzalez) (17:14)


:::: Matchguide Rating: 5.56 based on 88 votes. ::::
WWE NXT Title Match
Karrion Kross (w/Scarlett) defeats Keith Lee (c) (21:50) - TITLE CHANGE !!!

WWE Perkenal Thunderdome

Bermula pada episod Smackdown 21 Ogos lalu, WWE memperkenal Thunderdome iaitu set pentas canggih dengan papan video, piroteknik, laser, grafik moden dan kamera drone, yang membawa pengalaman menonton peminat WWE ke tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Melalui Thunderdome ini peminat boleh datang ke arena secara "virtual" dan wajah mereka akan terpapar di papan LED yang besar yang berada di keliling gelanggang untuk setiap episod Monday Night Raw, Friday Night SmackDown dan pay-per-view.

Dengan adanya konsep Thunderdome ini sekurang-kurangnya suasana kembali meriah dan seolah2 ada penonton dikeliling gelanggang seperti sebelum terjadinya pandemik covid. 

Namun begitu Thunderdome ini turut membawa masalah kepada WWE di mana peminat yang muncul di paparan LED sengaja men'troll' WWE dengan mempamerkan subjek yang kontroversi ataupun diharamkan oleh WWE.