Monday, December 30, 2019

Sports Illustrated Menobatkan Jon Moxley Sebagai Top Wrestlers of 2019





Bintang AEW, Jon Moxley mengungguli ranking Top 10 Best Wrestlers of 2019 yang dikeluarkan majalah sukan Sports Illustrated 

SI menamakan 3 perlawanan terbaik Moxley sepanjang 2019 iaitu: WWE Fastlane six-man tag match bersama Roman Reigns & Seth Rollins vs. Baron Corbin, Bobby Lashley, & Drew McIntyre; NJPW G1 Climax vs. Tomohiro Ishii; AEW Full Gear vs. Kenny Omega

Turut tersenarai Kofi Kingston, Kenny Omega dan Seth Rollins. Senarai penuh seperti di bawah

The Top 10 Male Wrestlers of 2019

10. Nick Gage
9. Kofi Kingston
8. Will Ospreay
7. Kota Ibushi
6. Kenny Omega
5. Chris Jericho
4. Tie: Kazuchika Okada and Seth Rollins
3. Cody Rhodes
2. Adam Cole
1. Jon Moxley

https://www.si.com/wrestling/2019/12/27/best-wrestlers-of-the-year-2019


Moxley akan beraksi dalam DYNAMITE Homecoming episode di Jacksonville, Florida 1 Januari ini dalam perlawanan single menentang Trent?




Azam 2020 : Kumpul semua PPV WCW




WCW adalah sejarah! Jika sebelum ni aku berjaya kumpul semua PPV WWF/WWE dan TNA yang HD, tahun 2020 ni aku berazam nk kumpul semua PPV WCW yang mana available di WWE NETWORK.

Aku membesar dengan layan WWF/WWE, tak banyak layan WCW. Tak layan tak bermakna tak best tapi sebab takdak pendedahan.

Aku pon curious gak nak taw apa yang best sangat Dubya C Dubya yang membolehkan depa menang 83 minggu dengan WWF dalam perang rating Mondays Night War dulu


PWG The Makings Of A Varsity Athlete Full Results – Bandido Juara baru PWG!





Name of the event: PWG The Makings Of A Varsity Athlete
Date: 20.12.2019
Promotion: Pro Wrestling Guerrilla
Type: Event
Location: Los Angeles, California, USA
Arena: Globe Theatre

Singles Match
Orange Cassidy defeats Tony Deppen (14:22)
Singles Match
Mick Moretti defeats Paris De Silva (17:12)
Singles Match
David Starr defeats JD Drake (12:34)
Singles Match
Blake Christian defeats Jake Atlas (11:07)
Non Title Tag Team Match
Aramis & Rey Horus defeat The Rascalz (Dezmond Xavier & Zachary Wentz) (16:12)
Singles Match
Jonathan Gresham defeats David Starr (12:19)
PWG World Title Match
Bandido defeats Jeff Cobb (c) (16:51) - TITLE CHANGE !!!

Bandido menewaskan Jeff Cobb



Show terakhir PWG untuk tahun 2019 dan dekad ni. PWG ni siapa yang tak biasa tengok sila tengok. Ramai peminat menyifatkan PWG ni sebagai promotion gusti indy terbaik di dunia.

Aku belum berkesempatan tengok, mmg lambat lagi laa baru boleh tgk show ni, mau 3-4 bulan lg baru dvd/bluray dia available. show sebelum ni Battle Of Los Angeles yg berlangsung bulan September pon belum available lg kat mana2.

Dalam gusti profesional selalunya bila seseorang kalah manknanya dia nak blah dari company tu/ kontrak tamat atau ada storyline/feud baru. 

Kontrak Jeff Cobb bersama Ring Of Honor pon dah tamat. Jeff Cobb salah seorang penggusti terbaik dunia. Cobb merupakan bekas atlit Olimpik dan pembawa bendera mewakili negara Guam pada Olimpik tahun 2004. 

Harap2 kalau Cobb tak perbaharui kontrak dengan ROH dia akan sain kontrak dengan promotion yang lebih besar seperti WWE, AEW, atau kembali ke New Japan. 

Jeff Cobb 





Saturday, December 28, 2019

Kenangan Tonton, Rakam Gusti Di TV Pakai VHS



Bagi mereka yang membesar pada zaman 90an pasti mengenali apa itu VHS dan VCR. Mungkin nama VHS agak janggal, kita lebih mengenalinya sebagai video tape atau tape manakala VCR pulak adalah nama player untuk main VHS tersebut. Sistem ini wajib ada dalam setiap isi rumah masyarakat pada 80an dan 90an termasuk di Malaysia.

Selain movie, Video gusti antara yang popular untuk ditonton menggunakan VHS pada ketika itu. Video store atau kedai video yang menawarkan perkhidmatan menyewa tape ini banyak terdapat di pekan dan bandar namun telah pupus ditelan zaman. 

Ketika aku kecil pada awal 90an dulu, ayah aku selalu menyewa video tape movie dan gusti. Rate untuk sewa tape dekat tempat aku pada masa itu dalam RM3 untuk 3 hari. Lepas 3 hari kena pulangkan. Kalau lambat pulang kena bayar ikut hari. So dalam masa 3 hari tu lah kena tengok perabih, kalau best repeat lagi dua tiga kali. 

Ketika pertengahan 90an, antara video gusti yang ayah aku selalu sewa adalah PPV WWF In Your House. Selalu dia sewa tape2 gusti ni masa hari Khamis sebab Jumaat cuti, so malam Khamis tu boleh tidur lewat layan gusti. Jiran2 yang layan gusti pun selalu pinjam tape2 yang kami sewa

Sehingga tahun 2000 kami masih sewa tape gusti namun pada masa tu penggunaan VHS ni dah makin kurang sebab VCD dah makin popular since 1998. So staRT 2001 dah tak sewa tape dan beralih kepada VCD.Habisu bab sewa tape. 

Kelebihan VCR ni pulak selain utk tonton VHS kita boleh rekod rancangan2 kat TV. So sejak TV3 tayang gusti WWF Superstars mulai 1999 memang aku tak pernah ketinggalan untuk merekodnya.

Rancangan gusti sememangnya ditayangkan kat TV sejak sekian lama, namun on off, sekejap ada sekejap tak ada. Aku ingat lagi ketika pertengahan 1990an macam tu RTM ada tayang show WWF. Kemudian dalam 1997/1998 RTM tayang WCW. 

Masuk 1999 TV3 tayang balik gusti jam 11:00 malam setiap Khamis, iaitu  WWF Superstars, recap daripada rancangan WWF RAW IS WAR. Walaupun hanya recap tapi cukup best dah sebab time tu internet belum meluas kalau ada internet pon available kah gusti? so apa yang tayang kt TV tu memang enjoy habis habisan.

Jadi setiap Khamis malam aku adik beradik dan ayah aku memang tunggu depan TV, tonton sambil rakam gusti. Lepastu tgk lagiu repeat2. 

Dalam tahun 2000 pulak tv3 tayang satu lagi rancangan gusti iaitu SmackDown ke udara setiap Isnin 11:00 malam. Waktu siaran WWF Superstars pulak berubah pulak kalau tak silap pagi selasa jam 12:30 lepas Nightline. Nak tgk time ni takot mak marah, so aku dan abang aku bangun pukul 1230 malam, buka tv, tak buka suara, rekod, dan pause masa iklan. esoknya baru tgk. huh

Kemudian dalam bulan Sept 2000, TV3 tayang pulak PPV WWF, bermula dengan SummerSlam jam 12:30 malam hari Isnin. So sejak 1999 Sampai tahun 2001/2002 aku tak pernah miss rakam gusti kat TV. Pada ketika ini adalah zaman kemuncak WWF attitude era, gusti amat popular di Malaysia ketika ini sehingga 2001.

Aku ingat lagi pada hari Sabtu aku selalu pi beli tape kosong jenama sony kat supermarket untuk rakam gusti. Aku masih simpan ratusan tape rancangan2 gusti yg dirakam dalam tempoh itu. Banyak yg dah rosak. Tapi fizikalnya masih elok. Ni adalah kenangan zaman sekolah dulu, sejak 2001 dan ke atas kami tape dah tak guna sangat. 

Masa ni just rakam show smackdown dan superstars. PPV Gusti ada keluar dalam bentuk VCD sebulan selepas ia berlangsung. Cth kalau PPV tu bulan 3, bulan 4 avalaible kt kedai. VCD ni ori taw, harga RM29.90.

Masuk tahun 2002 bila astro tayang PPV gusti, VCD ori dah tak juai. Kt kedai2 dan pasar malam depa juai yang rakam dari astro. PPV tayang hari isnin LIVE, selasa dah ada VCD. 2-3 tahun lepastu VCD dah diganti dengan DVD. Tak lama pastu DVD pon orang tak tengok dah, layan gusti stream online, dan download saja. 




Sunday, December 22, 2019

WrestleKingdom acara gusti terbesar di Jepun





Jika di Amerika Syarikat, WWE berbangga dengan PPV terbesar mereka, WrestleMania yang diadakan setiap tahun (selalunya diadakan antara bulan Mac atau awal April), New Japan Pro Wrestling (NJPW) juga mempunya versi SuperBowl atau WrestleMania mereka tersendiri iaitu WrestleKingdom.

Acara gusti terbesar Jepun yang diadakan di Stadium Tokyo Dome, Tokyo ini diadakan sejak tahun 1992 lagi dengan nama January 4 Tokyo Dome Show namun sejak 2007 ianya telah dijenamakan semula sebagai WrestleKingdom.

Menurut Dave Meltzer, Tokyo Dome Show pada 1993 mencatat kehadiran penonton paling ramai iaitu 63,500 orang yang memenuhi stadium Tokyo 
Dome.




Tak sampai dua minggu dari sekarang (4 Januari 2020), WrestleKingdom 14 akan berlangsung, dan buat julung kalinya acara tersebut akan diadakan selama 2 hari berturut2 menampilkan nama besar di NJPW seperti Jay White, Tetsuya Naito, Kazuchika Okada dan Kota Ibushi.

Perlawanan yang dinanti2kan sudah tentu dua title match iaitu Jay White (c) vs. Tetsuya Naito untuk IWGP Intercontinental Title Match  dan main event Kazuchika Okada (c) vs. Kota Ibushi untuk IWGP Heavyweight Title Match di mana penggusti yang kalah dalam kedua2 perlawanan ini akan berentap pada hari kedua WrestleKingdom 14 sementara juara pula akan bertemu juara. 

Mengambil kira kualiti, prestasi dan rekod perlawanan 4 penggusti ini perlawanan ini berpotensi tinggi menjadi Match of the Year walaupun belum lagi masuk tahun 2020.



Jay White vs Tetsuya Naito


Kazuchika Okada vs Kota Ibushi


Bagi peminat gusti yang mahu menyaksikan perlawanan gusti yang terbaik di dunia, gaya hard hitting, japanese strong syle yang berbeza dari gusti Amerika, WrestleKingdom  adalah acara yang tidak harus dilepaskan.



DAY 1

Name of the event: NJPW Wrestle Kingdom 14 In Tokyo Dome - Tag 1
Date: 04.01.2020
Promotion: New Japan Pro Wrestling
Type: Pay Per View
Location: Tokyo, Japan
Arena: Tokyo Dome
Broadcast type: Live
Broadcast date: 04.01.2020
TV station/network: NJPWWorld.com

MATCH CARDS

Eight Man Tag Team Match
Jushin Thunder Liger, Tatsumi Fujinami, The Great Sasuke & Tiger Mask (w/El Samurai) vs. Naoki Sano, Ryusuke Taguchi, Shinjiro Otani & Tatsuhito Takaiwa (w/Kuniaki Kobayashi)

Eight Man Tag Team Match
Los Ingobernables de Japon (BUSHI, EVIL, SANADA & Shingo Takagi) vs. Suzuki-gun (El Desperado, Minoru Suzuki, Taichi & Zack Sabre Jr.)

Eight Man Tag Team Match
BULLET CLUB (Bad Luck Fale, Chase Owens, KENTA & Yujiro Takahashi) vs. CHAOS (Hirooki Goto, Tomohiro Ishii, Toru Yano & YOSHI-HASHI)

IWGP Tag Team Title Match
Guerrillas Of Destiny (Tama Tonga & Tanga Loa) (c) vs. David Finlay & Juice Robinson

IWGP United States Heavyweight Title Texas Death Match
Lance Archer (c) vs. Jon Moxley

IWGP Junior Heavyweight Title Match
Will Ospreay (c) vs. Hiromu Takahashi

IWGP Intercontinental Title Match
Jay White (c) vs. Tetsuya Naito

IWGP Heavyweight Title Match
Kazuchika Okada (c) vs. Kota Ibushi


DAY 2 

Name of the event: NJPW Wrestle Kingdom 14 In Tokyo Dome - Tag 1
Date: 04.01.2020
Promotion: New Japan Pro Wrestling
Type: Pay Per View
Location: Tokyo, Japan
Arena: Tokyo Dome
Broadcast type: Live
Broadcast date: 05.01.2020
TV station/network: NJPWWorld.com

MATCH CARDS

Tag Team Match
Jushin Thunder Liger & Naoki Sano vs. Hiromu Takahashi & Ryu Lee

IWGP Junior Heavyweight Tag Team Title Match
BULLET CLUB (El Phantasmo & Taiji Ishimori) (c) vs. Roppongi 3K (SHO & YOH)

RevPro Undisputed British Heavyweight Title Match
Zack Sabre Jr. (c) vs. SANADA

Singles match for the IWGP United States Heavyweight Championship
TBD (winner of Archer vs. Moxley) (c) vs. Juice Robinson

NEVER Openweight Title Match
KENTA (c) vs. Hirooki Goto

Singles Match
TBD (loser of Okada vs. Ibushi) vs. TBD (loser of White vs. Naito)

Singles Match
Chris Jericho vs. Hiroshi Tanahashi

IWGP Heavyweight Title / IWGP Intercontinental Title Match '
TBD (IWGP Heavyweight Champion) vs. TBD (IWGP Intercontinental Champion)





Wednesday, December 18, 2019

Rhea Ripley Juara NXT Wanita Baharu






Rhea Ripley hari ini (18 Dec 2019) muncul juara NXT Women Championship baharu menewaskan Shayna Baszler yang memegang rekod menjadi juara selama 416 hari. Mungkin kekalahan ini menandakan Shayna akan ke main roster?



Full NXT (18 Dec 2019) Results

Dark Match
Candice LaRae defeats Taynara Conti
Dark Match
Bianca Belair defeats Shotzi Blackheart

WWE NXT Title Match
Adam Cole (c) defeats Finn Balor

Singles Match
Damian Priest defeats Killian Dain

Singles Match
Cameron Grimes defeats Kushida

Singles Match
Io Shirai defeats Santana Garrett

Singles Match
Pete Dunne defeats Travis Banks

WWE NXT Women's Title Match
Rhea Ripley defeats Shayna Baszler (c) - TITLE CHANGE !!!

Current Best Stable

WWE NXT UK - IMPERIUM

AEW - THE INNER CIRCLE

WWE NXT - UNDISPUTED ERA

RING OF HONOR - FINAL BATTLE 2019 FULL RESULTS


Name of the event:     ROH Final Battle 2019
Date: 13.12.2019
Promotion: Ring Of Honor
Type: Pay Per View
Location: Baltimore, Maryland, USA
Arena: UMBC Event Centre
Broadcast type: Live
Broadcast date: 13.12.2019
TV station/network: FITE TV

RING OF HONOR FINAL BATTLE 2019 FULL RESULTS:

Tag Team Match
Bandido & Flamita defeat Villain Enterprises (Flip Gordon & Marty Scurll) (13:52)

Singles Match
Vincent defeats Matt Taven (13:32)

Street Fight
Mark Haskins (w/Vicky Haskins) defeats Bully Ray (18:20)

Singles Match
Alex Shelley defeats Colt Cabana (6:32)

Singles Match
Maria Manic defeats Angelina Love (w/Mandy Leon) (6:26)

[Recommended, CAGEMATCH inmates: 7.00]
ROH World Television Title Match
Dragon Lee defeats Shane Taylor (c) (14:34) - TITLE CHANGE !!!

[Recommended, CAGEMATCH inmates: 6.09]
ROH World Tag Team Title Match
Jay Lethal & Jonathan Gresham defeat The Briscoes (Jay Briscoe & Mark Briscoe) (c) (21:55) - TITLE CHANGE !!!

ROH World Title No Rules Friday The 13th Massacre Match
PCO defeats Rush (c) (22:24) - TITLE CHANGE !!!





PCO (Pierre Carl Ouellet) menjadi juara dunia ROH tertua pada usia 51 tahun.

WWE TLC 2019 FULL RESULT




Name of the event: WWE TLC: Tables, Ladders & Chairs 2019
Date: 15.12.2019
Promotion: World Wrestling Entertainment
Type: Pay Per View
Location: Minneapolis, Minnesota, USA
Arena: Target Center


Full WWE TLC Results:

WWE Women’s Tag Team Championship Tables, Ladders & Chairs Match
The Kabuki Warriors (c) def. Raw Women’s Champion Becky Lynch & Charlotte Flair

Tables Match
Bobby Lashley def. Rusev 

Universal Champion Bray Wyatt def The Miz 

Tables, Ladders & Chairs Match
King Corbin def. Roman Reigns  

Raw Tag Team Championship Open Challenge
The Viking Raiders vs. Luke Gallows & Karl Anderson ends in a Double Count-Out 

Aleister Black vs. Buddy Murphy 

SmackDown Tag Team Championship Ladder Match
The New Day (c) def. The Revival 

Kickoff Match
Humberto Carrillo def. Andrade 




PPV terakhir WWE bagi tahun 2019. Mungkin bukan PPV terbaik dan bukan yang terburuk juga. Buat pertama kali ada womens tag team ladder match. perlawanan ni menjadi acara kemuncak (main event) bagi TLC 2019. Perlawanan kelam kabut dan tak teratur.

 Namun satu perlawanan mencuri perhatian iaitu perlawanan antara Aleister Black dan Buddy Murphy.

Perlawanan yang mempunyai kaliber untuk menjadi perlawanan kemuncak mana2 PPV. tapi tiada jalan cerita untuk menjadikan perlawanan ni lebih menarik, backstory nya hanyalah Buddy Murphy menyahut cabaran Aleister Black untuk cari gaduh dengan dia.

Halfway thru the match, Aleister  tercedera di hidung dan berdarah, namun berjaya menewaskan Buddy Murphy menerusi Black Mass. Sapa yang suka NXT pasti suka perlawanan ni action packed, fast paced, hard hitting tak seperti perlawanan main roster lain yang boring. 

4/5

Friday, December 13, 2019

Revolusi Pengadil Wanita: Aubrey Edwards vs Jessika Carr



Aubrey Edwards

Ketika nama Aubrey Edwards semakin meniti di bibir peminat gusti AEW, WWE tiba2 memindahkan pengadil wanita mereka Jessika Carr daripada NXT ke Smack Down. 

Langkah ini dilihat untuk menyaingi populariti Aubrey Edwards yang diberi peranan mengadili perlawanan2 penting di AEW termasuk main event PPV All Out di antara Chris Jericho dan Hangman Page untuk merebut talipinggang AEW World Heavyweight Champion Ogos lalu.

Persaingan di antara WWE dan AEW ternyata mewujudkan senario baharu yang menarik, khususnya dalam mengangkat wanita dalam sukan yang selama ini didominasi oleh kaum lelaki.


Jessika Carr

Friday, December 6, 2019

Chris Jericho Lexicon of Le Champion



Chris Jericho sememangnya GOAT (greatest of all time), walaupon lebih 25 tahun dalam industri ni, Chris sentiasa reinvent dirinya. Gimik yang dia bawak sebelum2 ni dia xkan bawak lagi. Dia mencipta sesuatu yang baru dan ia menjadi ikutan.

Contohnya ketika 2016 dahulu Chris Jericho popular dengan "The List of Jericho" iaitu senarai perkara2 dan penggusti2 yang dia tak suka. "The List of Jericho" menjadi trend yang popular di WWE ketika itu

Tahun 2019 sekali lagi beliau mencipta trend yang popular, bermula dengan catchphrase "A little Bit of the Bubbly" setelah menjadi AEW World Champion pertama, kini Jericho muncul pula dengan "Lexicon of Le Champion" pada AEW Dynamite Rabu lalu.

"Lexicon of Le Champion" boleh dikatakan adalah versi "The List of Jericho" yang telah dinaik taraf. Buat kemunculan pertama ini Jericho memasukkan nama penggusti2 yang beliau tidak mahu bertemu untuk mempertahankan AEW World Champion. 



Sunday, December 1, 2019

NXT TakeOver Wargames: Womens Match - Team Rhea Ripley vs Team Shayna Baszler



Perlawanan Wargames wanita pada TakeOver: Wargames di Chicago baru2 ini tidak kurang hebatnya. Bagi perlawanan yang julung kali diadakan, perlawanan ini ternyata tidak mengecewakan.




Rhea Ripley dari NXT UK mengetuai pasukannya yang turut dianggotai oleh Dakota Kai, Candice LeRae, dan Tegan Nox.

Sementara Shayna Baszler mengetuai pasukannya yang dianggotai oleh Io Shirai, juara NXT UK Women Champion, Kay Lee Ray, dan Bianca Belair.

Io shirai memulakan perlawanan dengan Candice LeRae dan Bianca Belair daripada team Syahna menjadi penggusti wanita ketiga masuk ke gelanggang dan mereka berdua strus mendominasi perlawanan sehinggalah Rhea masuk menyelamatkan Candice denga membawa pelbagai senjata.

Kay Lee Ray menjadi penggusti seterusnya yang masuk ke gelanggang. Perlawanan 4 lawan 4 ini bertukar menjadi perlawanan handicap 4 lawan 2 setelah Dakota Kai membelot kepada pasukannya dengan menyerang Tegan Nox. Tegan Nox tidak berupaya meneruskan perlawanan sementara Dakota dibatalkan penyertaannya.




Di dalam gelanggang team Shayna yang berkelebihan dua orang ahli terus mendominasi perlawanan sehingga Candice lerae menggunakan kayu singapore cain menyerang dan melemahkan team lawan. Antara highligtt dalam perlawnana ini ialah moonsault dari Io Shirai ke atas Candice dan Bianca dari ats sangkar, poisonrana daripada Candice ke atas kay lee ray dari atas turnbuckle




Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan kepada team Rhea setelah beliau menggari tangan Shayna ke tangannya dan melakukan teknik penyudah Riptide kepada Shayna di atas kerusi.