Sunday, March 29, 2020

stables gusti di AEW

Kewujudan pelbagai stable dalam sesuatu promosi gusti menjadikan jalan cerita lebih menarik. Stable merujuk kepada puak atau kumpulan yang dianggotai sekurang2nya lebih daripada 2 penggusti

Antara stable yang pernah popular adalah D-Generation X, Nation of Domination, Hart Foundation. The Shield di WWF/WWE; New World Order (NWO) di WCW; Raven's Nest di ECW; Bullet Clubs, Chaos, Suzuki-Gun di New Japan Pro Wrestling.

All Elite Wrestling (AEW) nampaknya agak memberi penekanan kepada aspek ini dengan mewujudkan beberapa stables.

Berikut adalah stables di AEW:


THE ELITE (Cody, Young Bucks, Kenny Omega dan Hangman Adam Page)




THE INNER CIRCLE ( Chris Jericho, Jake Hager, Santana, Ortiz, Sammy Guevarra)




THE DARK ORDER (Brodie Lee, Evil Uno, Stu Grayson, John Silver and Alex Reynolds)



MJF, THE BUTCHER & THE BLADE (MJF, Wardlow, The Butcher, The Blade and The Bunny)



BEST FRIENDS (Trent Barretta, Chuck Taylor, Orange Cassidy)



SO CAL UNCENSORED (Christopher Daniels, Frankie Kazarian, Scorpio Sky)



DEATH TRIANGLE (PAC & Lucha Bros (Pentagon Jr & Fenix)



JURASSIC EXPRESS (Luchasaurus, Jungle Boy & Marko Stunt)



Seperti disebut tadi kewujudan stables akan menghasilkan jalan cerita dan perlawanan yang lebih menarik contohnya WarGames yang dirancang oleh AEW pada 25 Mac namun terpaksa ditunda kerana covid-19. 


Perlawanan yang ditunda

Selain itu kewujudan stables juga akan menghasilkan plot2 seperti pergaduhan sesama ahli, perpecahan, pembelotan dan kemasukan ahli baru dalam kumpulan.




Thursday, March 26, 2020

Show gusti tanpa penonton


Tatkala dunia sedang menghadapi pandemik COVID-19 yang telah merekodkan beribu kematian, acara2 sukan di seluruh dunia telah banyak dihentikan dan ditangguhkan.

Namun promosi gusti WWE dan AEW masih meneruskan show mingguan mereka yang ditayangkan secaran live di TV, namun ianya dilangsungkan di arena yang kosong tanpa penonton. Minggu ini adalah minggu kedua show2 gusti ini diadakan dalam arena yang kosong akibat pandemik global berkenaan.

Suasana arena yang kosong sememangnya menjadikan show2 ini sangat luar biasa sunyi dan amat membosankan khususnya show WWE Monday Night Raw dan SmackDown yang telah sekian lama membosankan dan mengalami kemerosotan rating. 

Ini kerana show2 gusti ini sememangya banyak bergantung kepada riuh rendah dan sorakan peminat untuk memeriahkan lagi aksi dalam gelanggang. (Mungkin Vince McMahon akan lebih menghargai peminat selepas ini).


WWE SmackDown

WWE SmackDown

WWE Monday Night Raw

WWE NXT


Namun AEW lebih bijak menggunakan penggusti2 mereka agar show itu tidak bosan. Mereka meletakkan beberapa penggusti heel (jahat) dan face (baik) yang tidak beraksi di kerusi penonton untuk bersorak pada perlawanan2 yang berlangsung pada malam tersebut.

AEW juga bijak dengan camera work mereka dengan tidak memfokuskan kepada kerusi yang kosong sebaliknya menggelapkan sudut berkenaan dan hanya memfokuskan aksi di dalam gelanggang.



AEW DYNAMITE

AEW DYNAMITE